Prakata
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan
Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas,
teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
- Perkembangan mental
- Kestabilan emosi
- Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan
kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar
professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses
pembelajaran.
“………
Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1)
dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri
saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5)
dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan
sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau
perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang
sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak
yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai
pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah
sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
………
Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi
keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang
upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran
yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
- Sekolah Khas
- Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
- Pemulihan Khas
- Program Disleksia
- Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak
yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi
masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
- Masalah Pembelajaran
- Masalah Pendengaran
- Masalah Penglihatan
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan
Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri
sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kejayaan orang-orang istimewa
Setiap
orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang
pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing.
Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan
menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan
kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin
anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi
pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya
apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai
sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus
asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak
sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan
gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi
mengikut minat masing-masing.
Meskipun
golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa
seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua
bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang
sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah
membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang
lain malah kadangkala lebih baik lagi!